Saturday, August 15, 2015

Pemilihan Produk Yang Terbaik


KECANTIKAN dan rupa yang menawan menjadi idaman setiap individu sama ada wanita mahupun lelaki. Namun sebagai hamba Allah kita harus  bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Nya. Cuma sebagai hamba Nya kita kena berusaha untuk menjaga pemberian yang tidak ternilai ini. Oleh yang demikian salah satu usaha untuk kita beterima kasih kepada Nya adalah dengan menjaga pemberian itu dengan cara membuat rawatan wajah dan memilih produk yang terbaik dan sesuai dengan jenis kulit wajah kita.

Saya, bukan pakar dalam bidang kecantikan namun saya adalah pencinta kepada kecantikan. Apabila cinta melebihi segalanya secara tidak langsung perkhidmatan yang diberikan oleh saya adalah yang terbaik untuk anda. Saya suka melihat benda-benda yang cantik. Saya suka melihat wanita yang cantik ……..namun sebagai manusia sesekali dalam hati ini terdetik “Beruntungnya Kamu Dianugerahkan Wajah Yang Cantik”. So, nak cantik kita kena usaha hokeyyyyyy…….

Mungkin pada masa kini, kita akan berkata…..ada duit semua boleh dapat, semua boleh cantik, semua boleh kurus….…iyer, betul itu tidak saya nafikan…..Oleh yang demikian saya semaksimum mungkin memilih produk yang sangat sesuai dan harganya mampu milik. Siapa kata kecantikan diri adalah untuk mereka yang mempunyai wang sahaja……..jadi jom ke Az’ Rieda Beauty & Home/Mobile Spa saya. Kita buat kita dapat.

Panjang lak saya membebel…….Okey ini adalah sebab-sebab saya memilih produk ?????? Sebagai Produk Spa saya selain dari harga mampu milik untuk semua……Antaranya ialah:-

      - HARGA MAMPU DIMILIKI OLEH SEMUA
      - BAHAN-BAHAN YANG TERBAIK DAN DILULUSKAN OLEH KKM

Okey nanti saya akan tunjukkan pada semua produk tersebut.....jeng...jeng...jeng.....tunggu.....



Thursday, August 13, 2015

Alhamdulillah Dah Ada Blog Berniaga

Alhamdulillah kini bermulalah impianku untuk memiliki perniagaan sendiri. Biarpun perniagaan kecil-kecilan namun ia memberi seribu makna, sejuta impian kepada diri ini. "Az' Rieda Beauty House"Home & Mobile Spa. Nama macam gah......(hehhehehe) moga moga hasil dan perkhidmatan yang diberikan untuk pelanggan nanti menjadi bualan mulut ke mulut wanita-wanita dan gadis-gadis di kawasanku nanti.Syukur kepada mu Ya Allah.